Cili Padi

Cili Padi

Tuesday, December 21, 2010

Sebuah perjalanan

Diam tak diam dah setahun aku kat sini. Erm..cepat betul masa berlalu. Apapun, aku berasa syukur kepada Allah kerana hijrah aku dan keluarga ke sini diterima baik masyarakat. Biarpun aku terdedah dengan masalah dalaman mereka, tetapi mereka semakin kuat bersatu.
Bak kata pepatah, bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat. Masyarakat aku di sini begitu proaktif sekarang. Macam-macam program masyarakat yang dibuat. Program Kesihatan, Derma Darah, gotong-royong, Hari Keluarga, cegah denggi, kursus pengurusan jenazah, kursus membuat mee dan bermacam-macam lagi. Alhamdulillah masyarakatku kembali bermotivasi untuk meneruskan perjalanan bermasyarakat.
Aku amat bersyukur kerana tahun ini aku diberi rahmat oleh Allah s.w.t. Anak-anak aku berjaya dalam pelajaran, aku dinaikkan pangkat dan lebih menggembirakan aku dapat berpindah ke tempat kerja yang baru serta lebih dekat. Manakala isteriku mendapat 'kerjaya' lamanya iaitu jadi 'baby siter'.
Tahun baru tak beberapa hari lagi akan muncul. Aku mempunyai azam yang kuat untuk memperbaiki keadaan ekonomi keluarga. Jika tahun 2010 aku ada projek 'pisang berangan' dan sayur-sayuran dan ubi, tahun 2011 aku dah mulakan projek 'cili padi dan tanaman rozel'. Mudah-mudahan projek aku ini berhasil dengan tujuan untuk menambah pendapatan sampingan.
Tahun baru juga aku berharap anak-anak aku akan terus berjaya dalam pelajaran. Lebih seronok lagi kerana semua anak aku seramai 7 orang itu akan berada di sekolah. Sunyi isteri aku kalau tiada sesiapa di rumah. Nasib baik ada 'Udin dan Afiq' sebagai teman . Alhamdulillah kehadiran mereka berdua ini menjadi penyeri rumahku dengan kehadiran 'dua putera' ini selain kehadiran mereka 'membawa rezeki'.
Buat anak-anakku, ayah sayang anda semua. Ingat, anda semua adalah harta ayah yang tidak ternilai. Justeru itu, tanamkan cita-cita kejayaan sempena tahun baru 2011. Buat isteriku yang tersayang, apapun cubaan yang mendatang, kau tetap ratu hatiku, cintaku dan hidupku. Hanya padamu ku serahkan segala kehidupan ini.
Kepada Allah aku bermohon, rahmati lah kehidupan kali sekeluarga dengan Iman dan kebahagiaan.
Amin...